Travelogue : Indonesia (Part 1 : Bali - Day 2)

 

On the next day, bangun pagi, breakfast kat hotel pukul 7 and makanan yang dia hidang tu ermm biasa ja. Serius biasa. Selalu kita makan buffet mesti ah sedap gila namatey makanan dia. Ni setakat nasi putih, telur dadar ngn apa ntah. TU JA? Huh! Tujuan utama aku pi jalan-jalan ni of course ah makan. Hoho. Redha ja la. At least dapat makan. Lagipun kat Bali ni macam susah sikit nak decide halal ke tak makanan yang depa  jual tu. Babi panggang merata. Memang was-was la jadi dia. 

So, nak dijadikan cerita, masa tengah sedap rilek-rilek lepas breakfast and sementara tunggu van sampai, ada satu makcik ni, dia bawak van masuk ke perkarangan hotel kami tu and puuhhhh start lelong baju. Memang laku la. Hahaha. Lagipun kain baju yang dia jual tu kualiti la jugak plus ada lengan anjang. Bukan senang nak cari baju ole-ole spesis lengan panjang ni. Lepas tu, peniaga-peniaga yang lain pon sampai jugak. Niat depa sama ja. Nak menjual. Nampak gila competition antara depa tu. Nak tergelak pon ada gak bila tengok. Gila rendah harga dia bagi semata-mata takmau bagi competitors dia curik customer dia. Siap taruk baju yang dah pilih tu dalam plastik tanda dah dijual. Tinggal nak hulur duit ja. 

Dah van sampai, start la agenda kami untuk hari tu. Melawat temple. Tergelak jugak dengaq makcik-makcik ni mengeluh. Faham la jugak. ada certain orang cuma sekadar nak berjalan-jalan tengok tempat. Ada yang suka tengok adat, seni bagai-bagai (aku lettew). Ada jugak yang sekadar berjalan sebab berjalan. Kira dia macam "Bali? Aku dah pi dah." Boleh la sekadar nak hidung tinggi sikit kata dah melancong banyak tempat. 




Aku tak ingat nama temple yang aku pegi tu tapi gambar dia ada la. Hoho. Maap la. Makcik bab nama, jalan ni payah sikit nak hadam. 


Btw, ni makanan yang aku rasa paling enak banget yang aku rasa masa kat Bali ni. Kami masa tu pi kat hurmmm kawasan bukit-bukit ala-ala Cameron Highlands la jugak. Ada restoran halal kat situ. Style buffet. Memang aku amek semua jenis makanan la. Hahaha. Rugi wooo. Tapi nak dijadikan cerita jugak, disebabkan makanan kat Bali yang aku dok makan ni pedas-pedas belaka, so memang memerut (aktiviti mengeluarkan najis daripada badan) ah. Tapi serius, toilet depa bersih-bersih gila. Even kat kawasan temple yang aku pi tadi pon toilet dia bersih macam jarang orang guna. Tak macam toilet kat Malaysia. Serius bersih. Memang aku respect ah kat orang Indon atas kebersihan tandas depa di mana kebersihan itu la yang membantu aku untuk memerut dengan hati yang senang tanpa perlu memikirkan soal geli-geli bekas orang guna. BERSIH! 

Memandangkan hujan takda la lebat tapi tak best la jalan-jalan dalam hujan ni, so perjalanan ke temple lagi satu tu cancel. Aku still tak ingat nama dia. Hahaha. Tapi dikatakan kuil yang paling lawa la. Memang cantik kalau tangkap gambar. 

So, balik hotel, siap-siap apa semua, keluar pi enjoy suasana malam di Bali. Geng makcik-makcik ni cari tempat urut-urut kaki tu sebenaqnya. Aku pon join sekaki. First time buat reflexology. SAKIT! MACAM NAK NANGIS RASA! Tapi aku tahan. Sebab dah memang perangai aku selagi boleh tahan sakit, aku tahan. SERIUS LEPAS NI TAKMAU BUAT DAH!


Balik hotel, kroh~kroh~

Popular posts from this blog

Sedih

Alhamdulillah for everything

Housemates